Projek Celik Al-Quran
Untuk melialisasi visi dan misi, 7 buah buku telah diterbitkan oleh Asy-Syaikh Mohamed Iskandar MYA pengasas Ar-Riyaadh yang juga lulusan Universiti Al-Imam Muhammad Ibn Su'ud Al-Islamiyyah, Ar-Riyaadh, Saudi 'Arabia. Beliau telah menyusun kaedah pilihan iaitu metoda 'Taisiirul Akhyaar' sejak awal tahun 2000 dengan slogan - Daripada Al-Quran Kepada Al-Quran - yang mudah diguna pakai oleh pelajar atau pun pembimbing kelas asas kemahiran membaca Al-Quran. Kaedah pilihan ini sangat mudah, cepat dan berkesan digunakan jika guru pembimbing terlatih menggunakannya. Terdapat 5 buah buku berbahasa melayu dan 2 buah buku di dalam bahasa inggeris yang diberi nama 'Haqqa Tilawatih' iaitu sebenar-benar bacaannya.
|
Pengenalan Riyaadhul Akhirah |
Matlamat Taisiirul Akhyaar |
Riyaadhul Akhirah telah diilhamkan pada tahun 2003 sejak buku Al-Akhyaar mula disusun dan telah diterbitkan pada tahun 2005. Setelah digunakan buku Al-Akhyaar selama hampir 4 tahun, maka buku terkini yang baru diterbit dan dicetak iaitu Taisiirul Akhyaar telah disusun sebagai pembaikan dan kemudahan daripada buku Al-Akhyaar.
Buku Taisiirul Akhyaar adalah lebih mudah digunakan oleh pembimbing dan pelajar yang menyertai pengajian peringkat Asas Persediaan Membaca Al-Quran. Tajuk pelajarannya lebih cepat dikenal dan difaham tuntutan bacaannya supaya pelajar boleh melatih membaca dengan betul. Contoh kalimah yang terdapat di dalamnya kebanyakannya sesuai dan tepat dengan bahasa ‘Arab sebagai pendedahan awal kepada bunyi-bunyi dan bacaan kalimah-kalimah Al-Quran. In Sya Allah berbekalkan Hidayah Allah, 'ilmu pengetahuan dan pengalaman bukuTaisiirul Akhyaar yang terdiri daripada 3 buku iaitu 1a, 1b dan 1c berkesan untuk membanteras buta Al-Quran yang sudah berjangkit di setiap lapisan masyarakat Islam Singapura dan supaya generasi ini ‘ CELIK AL-QURAN ‘ sepanjang hayat, In Sya Allah, Allahumma Ameen. Maka Riyaadhul Akhirah akan terus bergiat merancang dan menyusun program-program yang melibatkan pengajian, perguruan, pengurusan, kajiselidek, pembangunan dan pengembangan tentang pendidikan al-Quran khususnya program Asas Kemahiran Membaca dan Mengajar Al-Quran mengikut Kaedah Pilihan – Taisiirul Akhyaar, In Sya Allah. |
Taisiir bererti kemudahan dan Akhyaar pula berma’na pilihan terbaik. Kedua-dua perkataan ini terdapat di dalam Al-Quran di Surah Al-Qamar 54 ayat 17 yang diulang-ulang sebanyak 4 kali. Kalimah al-Akhyaar pula terdapat di Surah Shad 38 ayat 47 – 48. Berfalsafahkan slogan –Daripada Al-Quran Kepada Al-Quran – maka kaedah ini menggunakan sistem dan pendekatan Qurani yang telah sempurna lagi menyempurnakan, begitu pula tahappembelajaran dan pengajaran yang mudah, cepat, tepat dan dijamin berkesan dengan syarat pembimbing atau pemudahcara Al-Quran mahu dilatih, terlatih dan sedia menyahut dan membuat pembaharuan serta perubahan yang lebih baik khususnya kepada setiap pelajar-pelajar Al-Quran tidak kira usia dan keadaan ekonomi keluarga mereka.
Maka dengan kaedah pilihan – Taisiirul Akhyaar – ini saya yakin bahawa anak sekecil 2 atau 3 tahun boleh belajar membaca sambil bercerita, bermain dan bernasyid dengan bimbingan kedua orang tua In Sya Allah. Untuk anak yang tidak berkesempatan belajar di rumah, maka kelas ’ play group atau nuseri ’ atau ’ tadika ’ masih belum terlambat untuk belajar membaca dengan terancang dan tersusun. Malah Taisiirul Akhyaar sesuai untuk segenap lapisan umur samaada kanak-kanak, remaja dan dewasa. Persoalannya adakah kita sebagai guru atau pembimbing al-Quran mahu berubah dan menyahut cabaran untuk membuat pilihan yang lebih tepat dan lebih berkesan demi masa depan pelajar-pelajar Al-Quran? |
Buku Taisiirul Akhyaar
BUKU 1
TAISIIRUL AKHYAAR (MEMBACA AL-QURAN) 1a & 1b
Persediaan Membaca
TAISIIRUL AKHYAAR (MEMBACA AL-QURAN) 1a & 1b
Persediaan Membaca
BUKU 2
TAISIIRUL AKHYAAR (MEMBACA AL-QURAN) 1c & 2
Persediaan Membaca & Tajwid Mudah
TAISIIRUL AKHYAAR (MEMBACA AL-QURAN) 1c & 2
Persediaan Membaca & Tajwid Mudah
BUKU 3
TAISIIRUL AKHYAAR (MEMBACA AL-QURAN) 1A Asas Persediaan Membaca |
BUKU 4
TAISIIRUL AKHYAAR (MEMBACA AL-QURAN) 1B Asas Persediaan Membaca |
|
|
BUKU 5
TAISIIRUL AKHYAAR (MEMBACA AL-QURAN) 1C Asas Persediaan Membaca BUKU 7
TAISIIRUL AKHYAAR (MEMBACA AL-QURAN) 3 Asas Musyafahah Tajwid' Amali |
BUKU 6
TAISIIRUL AKHYAAR (MEMBACA AL-QURAN) 2 Asas Pengenalan Tajwid Mudah |