Di Sebalik Ar-Riyaadh
Al-Hamdulillah, Ar-Riyaadh telah ditubuhkan sejak tahun 1996. Nama yang terdaftar adalah Ma'hadur Riyaadhil 'Alamiyyah Pte Ltd iaitu Institut Ar-Riyaadh Antarabangsa Pte Ltd. Ia adalah sebuah pusat pendidikan yang telah bergiat dalam bidang pengajian Al-Quran khususnya kepada kanak-kanak, remaja dan dewasa. Matlamat penubuhannya adalah untuk mendedahkan kepada masyarakat Islam Singapura tentang kepentingan dan keutamaan pengajian Al-Quran.
Pendidikan awal kanak-kanak mesti dimulakan dengan pengajian Asas Persediaan membaca Al-Quran. Pengajian ini adalah berterusuan melalui peringkat kemahiran membaca serta khatam Al-Quran yang bertahap sehingga pelajar mahir dan mendapat pertauliahan membaca yang betul, lancar dan fasih bertajwid Insya Allah SWT. Terdapat 3 pusat pengajian Ar-Riyaadh untuk kemudan anda sekeluarga mengikuti pengaji: Wisma Indah (Changi Road), Tampines dan Jurong West. |
Visi & Misi Ar-Riyaadh
Justeru itu Ar-Riyaadh telah menyusun program Taisiirul Akhyaar. Kaedah terpilih ini akan memperkenalkan sistem pengajian lengkap yang pasti mencapai matlamat pendidikan Al-Quran, pendekatan pembelajaran yang sesuai dengan pembangunan minda dan teknologi manusia, teknik pengajaran yang kreatif lagi inovatif untuk menyemai rasa kecintaan membaca Al-Quran sepanjang hayat dengan penuh keikhlasan dan kesabaran mengharap keredhaan Allah swt.
Taisiirul Akhyaar kaedah terpilih istimewa kerana: 1. Sumbernya adalah Kecerdasan Qurani atau ‘ Quranic Intelligence ’. 2. Contoh bacaan daripada Al-Quran dan sesuai dengan bahasa ‘Arab. 3. Menggunakan pendekatan kata kunci yang mudah dihafal dan difahami. 4. Sistem holistik 6P diiktiraf pendidik dunia untuk mengajar membaca. 5. Sukatan pelajaran dan rancangan pembelajaran yang bertahap. 6. Teknik pengajaran berkesan yang pelbagai. |
Ia adalah satu penghormatan untuk menjadi orang terpilih di kalangan hamba Allah untuk menyebarkan perkataan-Nya yang luar biasa kepada semua umat manusia sama ada Jin atau manusia yang akhirnya akan membangun bumi ini atau memusnahkannya. Oleh itu, setiap muslim, sama ada anak-anak, remaja dan orang dewasa mesti dipupuk dengan ketaqwaan dan kepercayaan yang kuat bahawa Al-Quran dan ajarannya adalah satu-satunya penyelesaian bagi semua umat manusia. Semua ini bermula jikalau kita membaca Al-Quran kerana ia harus dibaca, diingat, difahami dan diterapkan semua perintahnya untuk perjalanan kita ke akhirat.
Ar-Riyaadh akan memberikan tumpuan kepada dua program penting yang berkait rapat dengan pendidikan Al-Quran iaitu:
1. Program Pengajian Asas Kemahiran Membaca Al-Quran
2. Program Pelatihan Asas kemahiran Mengajar Al-Quran.
Ar-Riyaadh akan memberikan tumpuan kepada dua program penting yang berkait rapat dengan pendidikan Al-Quran iaitu:
1. Program Pengajian Asas Kemahiran Membaca Al-Quran
2. Program Pelatihan Asas kemahiran Mengajar Al-Quran.