LEARN QURAN IN SINGAPORE
Ikuti Kami Di Lelaman Berikut:
  • Utama
  • Profil
    • Pengenalan Ar-Riyaadh
    • Pengasas Ar-Riyaadh
  • Program
    • Program Pengajian
    • Program Pelatihan
  • Perkhidmatan
    • Projek Celik
  • Bicara Al Quran
  • Blog
  • Hubungi Kami

Program Pengajian

​Pusat pengajian Al-Quran Ar-Riyaadh mengadakan kelas mengaji daripada asas hingga lancar, fasih dan mahir membaca mengikut kaedah 'Haqqa Tilawatih' sistem 24 jam mudah, cepat dan berkesan. Terbuka kepada semua ya​ng ingin berteman bersama Al-Quran sepanjang hayat! Ayuh daftar segera di cawangan2 Ar-Riyaadh!

Daftar Sekarang

Mengapa Harus Sertai Progam Pengajian Ini?

Baca Lebih Lanjut
  • Program pengajian ini disusun setelah dikaji tentang masa penurunan wahyu selama 23 tahun secara beransur-ansur dan ayat-ayat yang berkaitan dengan peringkat pengajian.
  • Dirumuskan disini bersama-sama dengan pengalaman pengajaran bahawa ia melalui peringkat yang berbeza dan berterusan sehingga mahir membaca Al-Quran.
  • Begitu juga pengajian yang dicontohkan oleh penghulu segala malaikat Jibril AS guru Al-Quran yang pertama kepada baginda Rasulullah SAW dan contoh pengajian Al-Quran yang yang ditunjukkan oleh beliau sudah cukup memberi kita tauladan serta pedoman untuk membimbing pelajar kita membaca Al-Quran ke peringkat yang lebih baik lagi.
  • Semua ini sudah dicontohkan oleh Allah swt kepada kita di dalam ayat di bawah ini:
  • Sebagaimana yang telah dirancang dan disusun bahawa pengajian Asas Kemahiran Membaca atau Tilawah Al-Quran di atas adalah berperingkat-peringkat, kalau boleh sesuai usia dan kemampuan yang berbeza antara kanak-kanak, remaja dan dewasa hingga ke pemudahcara atau guru pembimbing mengajar Al-Quran.
  • Sesungguhnya sangat-sangat digalakkan dan dicadangkan supaya kanak-kanak yang sudah boleh bertutur dan membunyikan kata-kata: MaMa atau BaBa, diajarkan membaca huruf-huruf Qurani secara mudah dan menarik seperti bernyanyi, bercerita, bermain dan ' role play ' atau drama supaya dapat disemai rasa minat dan insaf yang mendalam akan keutamaan membaca Al-Quran apabila mulai membesar pada usia kanak-kanak ke 'alam remaja dan dunia orang dewasa.
  • Kita tidak boleh terlewat sehinggakan anak sudah mulai 'alam persekolahan samaada rendah, apatah lagi menengah atau kolej and universiti kerana cabaran untuk memperuntukkan waktu untuk belajar membaca Al-Quran akan terabai malah sudah berlaku dewasa ini anak yang sibuk dengan ' projek atau ujian ' sekolah tidak datang mengaji walaupun seminggu sekali.
  • Bertambah lagi bencana apabila ada ujian term atau semester yang dianggap lebih penting daripada belajar membaca Al-Quran maka mereka cuti berminggu-minggu tidak membaca al-Quran walaupun di rumah.
  • Malangnya mereka perlu makan sekurang-kurang 3 kali di dalam sehari untuk hidup, maka mereka sanggup biarkan 'aqal, jiwa dan ruh mati kebuluran tidak disinari dengan bacaan Al-Quran berhari-hari malah berminggu-minggu dan mungkin berbulan-bulan ditambah dengan ayah ibu dan penjaga anak-anak sibuk dengan tugas masing-masing dan kurang mampu membaca apatah lagi mengajar Al-Quran kepada keluarga sendiri. Sedangkan Allah berfirman :
Picture

Senarai Program Pengajian 

Picture
Introduction & Elementary Quranic Reading 
kindergarten & lower primary
​(sijil asas)  


1. Asas Persediaan Membaca  (reading readiness) 
2. Pengenalan Tajwid Mudah    (introduction to easy tajwid)
3. Musyafahah Tajwid ‘Amali     (musyafahah tajwid ‘amali)
Picture
Diploma Quranic Recitation 
upper secondary & college   
(diploma TaMu )


7.  Asas Talaqqi Musyafahah         ( basic TaMu)
8.  Lanjutan Talaqqi Musyafahah   (advance TaM )
9.  Kemahiran Khatam Al-Quran   (khatam Al-Quran skill)
Picture
​
​Intermediate Quranic Recitation 

upper primary & lower secondary
(sijil lanjutan) 
 

4.  Musyafahah Tajwid Al-Quran    (musyafahah TaQ)                  
5.  Musyafahah Khatam Al-Quran  (musyafahah KaQ)
6.  Asas Kemahiran Khatam Al-Quran  (basic khatam  skill)
Picture
Degree Talaqqi Musyafahah
university 
(ijazah pembimbing & pentauliahan)  


10. Pembimbing Tilawah Al-Quran (facilitator tilawah al-Quran)
11. Pentauliahan Tilawah Al-Quran (accredition tilawah al-Quran)
12. Ijazah Bersanad Hafal Al-Quran (tilawah al-Quran skill)

Picture
Accredited / Certified 
​
master trainer & facilitator


13. Pentauliahan Mengajar/Melatih Guru al-Quran ( certified master trainer )


Picture
Powered by Create your own unique website with customizable templates.