Manfaat & Keistimewaan
Guru Al-Quran adalah semulia-mulia hamba-hamba Allah SWT. Untuk mendapat kemuliaan ini guru Al-Quran perlu memenuhi syarat-syarat berikuti di bawah ini: 1. Pertama sekali guru al-Quran mesti terlebih dahulu lancar, fasih dan mahir membaca Kalamallahu ta'ala atau sedang mengikuti pengajian kemahiran membaca. 2. Guru Al-Quran mestilah yang terlatih atau bertauliah dengan latihan dan pengalaman mengajar membaca Al-Quran di setiap peringkat pengajian yang berbeza. 3. Guru Al-Quran bertauliah dan berijazah membetulkan setiap kesilapan yang dilakukan oleh pelajar Al-Quran ketika melatih membaca. |
Berikut adalah shifat dan Muwashafat yang harus dimiliki oleh guru al-Quran: 1. Beriman kepada Allah SWT dengan ikhlash dan benar. 2. Percaya dan yaqin bahawa al-Quran adalah Kalamullah yang suci lagi agung. 3. Membaca, Tilawah atau hafazhan Al-Quran adalah 'ibadah yang sangat mulia di sisi Allah SWT. 4. Maka untuk menjadikannya 'ibadah unggul maka ia mesti dibaca dengan bertajwid dengan lancar, fasih dan mahir. 5. Begitu juga mengajar Al-Quran adalah 'ibadah dan 'amal sholeh yang mulia lagi agung di sisi Allah SWT. 6. Maka guru Al-Quran memikul amanah untuk mengajarkan kepada manusia cara yang betul membacanya dengan 'ilmu yang benar. 7. Guru Al-Quran juga bertanggungjawab untuk menjaga mutu kemahiran membaca danmengajar membaca Al-Quran secara berterusan. |
Senarai Program Pelatihan
Sijil Pembimbing - Introduction Quranic Reading 1. Asas Persediaan Membaca - 24 jam pertemuan – 6 jam x 4 hari 2. Asas Pengenalan Tajwid Mudah - 24 jam pertemuan 3. Asas Musyafahah Tajwid 'Amali - 24 jam pertemuan Sijil Lanjutan Pembimbing - Elementary Quranic Recitation 4. Musyafahah Tajwid Al-Quran - 24 jam pertemuan 5. Musyafahah Khatam Al-Quran - 24 jam pertemuan 6. Kemahiran Khatam Al-Quran - 24 jam pertemuan |
*Sijil Pentauliahan ujian tulisan & pengajaran mikro menggunakan buku atau Al-Quran untuk semua peringkat pengajian. |
Sijil Lanjutan Pembimbing - Advance Quranic Recitation 7. Asas Talaqqi Musyafahah - 24 jam pertemuan 8. Lanjutan Talaqqi Musyafahah - 24 jam pertemuan 9. Kemahiran Khatam Al-Quran - 24 jam pertemuan Khatam Al-Quran Skill – Diploma Lanjutan Bertauliah 10. Pembimbing Tilawah Al-Quran - 24 jam 11. Pentauliahan Tilawah Al-Quran - 24 jam 12. Ijazah Bersanad Khatam / Hafal Al-Quran |
"Bagaikan kata pepatah: bagaimana kuihnya begitulah acuan. Kuih dan acunan perlu dimesrakan dengan ramuan yang suci, bersih, sedap, berkhasiat dan bermutu untuk selera dimakan untuk kesihatan badan dan melaksanakan 'ibadah kepada Tuhan.
Begitu juga dengan pengajian Al-Quran, memerlukan pembimbing yang berjiwa dan semangat ruh Al-Quran yang disemai dengan iman dan taqwa kepada Tuhan, peningkatan ‘ilmu pengetahuan yang berterusan, kefahaman para anbiya dan ‘ulama, berpengalaman mengajar luasnya seperti dalamnya lautan.
Di mana akan kita temui pembimbing yang serba boleh mengajar di setiap peringkat? Tentunya setelah menjalani pelatihan pentauliahan mengajar beserta dengan pentauliahan bacaan. Maka setiap peringkat latihan sudah ditetapkan harus melalui tidak kurang daripada 72 jam pelatihan. Ini sesuai dengan pegangan Al-Quran di bawah"