LEARN QURAN IN SINGAPORE
Ikuti Kami Di Lelaman Berikut:
  • Utama
  • Profil
    • Pengenalan Ar-Riyaadh
    • Pengasas Ar-Riyaadh
  • Program
    • Program Pengajian
    • Program Pelatihan
  • Perkhidmatan
    • Projek Celik
  • Bicara Al Quran
  • Blog
  • Hubungi Kami

Keagunan Al-Quran

Picture
AlHamdulillahi Rabbil 'Alamin, puja dan puji kita panjatkan kepada Allah SWT yang dengan Hidayah dan 'InayahNya kita masih berada di dalam Iman dan Islam, In Sya Allah, Amin. Kesyukuran yang tidak terhingga juga kita rakamkan kepada Rabbil 'Izzah kerana kita masih diberi petunjuk dan rahmat dengan KalamNya iaitu Al-Quranul Karim. Salam dan selawat kita ucapkan kepada Nabi junjungan Muhammad ibn 'Abdillah SAW yang telah berjuang dan bermujahadah selama 23 tahun untuk menyebarkan dan menyampaikan agama tauhid kepada penduduk Jazirah 'Arab dan mereka yang hidup di sekitarnya bersama para sahabat beliau - semoga Allah meredhai mereka - yang tidak ada kumpulan manusia yang begitu semangat dan tekad untuk hidup dan mati di bawah naungan Al-Quran bersama kekasih Allah SWT, Rasulullah SAW.


Ilmu Al-Quran

Sekarang bersama-sama kita masih ada Al-Quran, begitu juga dengan sunnah Rasulullah SAW termasuk ijma' para sahabat dan 'ulama yang ikhlash bermujahadah dengan 'ilmu dan da'wah supaya manusia kembali dan bersegera kepangkuan Ilahi berpegang teguh dengan dua asas yang kukuh iaitu Kalamullah dan Sunnah nabiNya SAW. Ayuh kita perbaharui keimanan kita kepada Allah dan KitabNya dengan belajar membaca Al-Quran supaya keindahan, keagungan dan kemuliaannya bukan nampak hanya dengan mata dan didengar dengan telinga, malah kita dapat menghayatinya dengan jiwa, sanubari dan nyawa. Bersama kita renungi dakapan suci daripada 'Arasy Allah SWT seperti berikut:
Picture
Semoga kita dapat mengambil pelajaran daripada seruan Allah SWT di atas dengan mengorak langkah belajar membaca Al-Quran hingga lancar, fasih dan mahir secara berperingkat-peringkat dan berterusan kerana dia adalah sebahagian daripada mujahadah kita sesuai firman Allah SWT:
Picture

Istilah Al-Quran

​Al-Quran adalah Kalamullah yang Mu'jiz, diturunkan kepada Rasulullah SAW Khataman Nabiyyin dengan perantaraan Jibril AS, tertulis di dalam Mushhaf yang dinukil kepada kita secara Mutawatir, membacanya adalah 'Ibadah yang bermula dengan Surah Al-Fatihah dan diakhiri dengan Surah An-Nas.

Daripada istilah di atas dapat kita sama-sama hayati beberapa kemuliaan dan keagungan Al-Quran yang Maha mulia seperti berikut:
Semoga penerangan ringkas ini dapat mengurangkan keraguan kita terhadap Al-Quran dan dari masa ke semasa mengukuhkan keimanan bahawanya ia adalah kemuliaan, kebanggaan dan keagungan kita apabila segala perintah dan panduannya di ta'ati dengan redha dan shabar menjauhi tegahan dan larangan walau bagaimana kecil sekalipun. Maka mulalah kita berjinak-jinak belajar membaca Al-Quran supaya qubur kita bercahaya dan bersinar dengan bacaan ayat-ayat suci yang kita bacanya semasa di dunia.
​

Hadith Nabi SAW 

Rebutlah 5 perkara sebelum datang 5 perkara:

1.    Hidup kamu sebelum mati
2.    Sihat kamu sebelum sakit
3.    Lapang kamu sebelum sibuk
4.    Muda kamu sebelum tua
5.    Kaya kamu sebelum faqir

Untuk menguatkan hadith di atas, hayatilah hadith berikut ini:

Tidak berganjak dua kaki anak Adam pada hari kiamat sehingga ditanya tentang 5 perkara:

1.    Tentang umurnya di mana dia habiskan
2.    Tentang zaman muda di mana dia gunakan
3.    Tentang hartanya dari mana dia perolehi
4.    Dan di mana dibelanjakannya
5.    Tentang 'ilmunya bagaimana dia ber'amal dengannya

Iman & Identiti Membaca Al-Quran

Maka setelah kita melafazhkan keimanan kita kepada Allah SWT dan KitabNya iaitu Al-Quranul Karim dengan ikhlash dan benar, membacanya adalah menjadi tanggungjawab kepada setiap peribadi muslim dan muslimah sebagai tanda atau identiti beragama Islam. Apabila seseorang belum mampu membaca Al-Quran maka dia berkewajipan untuk belajar membaca daripada guru Al-Quran yang diyakini layak dan bertauliah sekurang-kurangnya lancar, fasih dan mahir membaca Al-Quran dengan bertajwid kerana ini adalah peraturan yang sudah ditetapkan oleh Allah SWT di dalam Al-Quran sesuai ma'na firmanNya SWT di Surah Al-Muzzammil 73 ayat 4 - 5:

' ... Dan bacalah Al-Quran itu dengan Tartil ( bertajwid ). Sesungguhnya Kami akan turunkan kepada kamu perkataan yang berat. '


Begitu juga di Surah Al-Furqan 25 ayat 32 yang ma'nanya:

' ... Demikianlah supaya Kami teguhkan hatimu dengannya ( Al-Quran ) dan Kami mentartilkannya dengan Tartil ( bertajwid ). '

Daripada kedua-dua ayat suci di atas jelas kepada kita bahawa membaca Al-Quran adalah dengan bertajwid kerana perintah yang sedemikian dan ditegaskan lagi bahawa Allah swt sendiri mentartilkan Kalamnya kerana ia adalah kalimah-kalimahNya yang suci, mulia lagi agung. Apatah lagi setelah kita mengetahui bahawa membaca Al-Quran adalah 'ibadah unggul salafus Shalih yang dipelopori oleh Rasulullahi SAW sendiri bersama para shahabat beliau - semoga Allah meredhai mereka - kerana 'ibadah adalah sesuatu yang disukai Allah SWT, sesuai perintahnya dan sunnah yang telah dicontohkan oleh kekasihNya Muhammad SAW dan kita hanya mengharap daripada 'ibadah ini balasan dan ganjaran daripada Allah SWT semata daripada keampunanNya daripada setiap dosa dan kesalahan, keredhaanNya yang tidak berbatas merintasi kemurkaanNya dan taufiq, hidayah dan rahmatNya secara berterusan untuk melayari lautan hidup dan cabaran kehidupan bagaikan pantai yang tidak bertepian. Semoga hidup dan mati kita terus bersama membaca Al-Quran untuk mencari dan meraih kemuliaan dan keagungan insan disisi Allah Yang Maha Tinggi Raja Yang Sebenarnya sesuai firmanNya di Surah Thaha 20 ayat 114:

' Maka Maha Tinggi Allah Raja Yang Haq, dan janganlah kamu tergesa-gesa ( membaca ) dengan Al-Quran sebelum disempurnakan wahyunya kepadamu, dan katakanlah: Tuhanku, tambahkanlah aku 'ilmu pengetahuan. '

​
Powered by Create your own unique website with customizable templates.